Wednesday, December 31, 2014

Thursday, November 13, 2014

Downy

Salam

Kau tak boleh harap dgn membasuh baju yg kau suka pakai dekat badan, rapat di hati sekali setahun,
baju itu akan makin kuat.
Kau juga harus faham bahawa kerap membasuh akan buat ia pudar.
Jangan lah jadi macam dia,
bila mahu raya,
barulah sebotol sabun dan perfume dituang pada baju.
Kan molek jika kau tuang sabun, picit perfume sedikit tapi berterusan.
Kalau aku baju, aku akan nyaman.
Kalau aku orang, aku akan beri satu..
oh mungkin banyak senyuman.
#rbtl

p/s: dont know how to start. 

Saturday, October 25, 2014

Note to self

Salam.

Selalu istighfar dan taubat,
Jauhi maksiat,
Doa dengan kuat.

p/s: jaga hati..jaga diri..

Sunday, October 12, 2014

Dongak ke langit.

Salam.

Jarang sekali aku benar-benar mendongak ke langit pagi.
Pemandangan selalu searas mata.
Mata terpejam seketika menahan cahaya mentari.
Ironinya, mata kecil mampu melihat seluas-luas langit Ilahi.
Biru,
Berawan,
dan bawa rasa tenang.
Mahu benar hampar badan di permaidani rumput.
Mahu beralas lengan mengintai ketenangan biru di atas.
Mahu dengar deruan ombak dan bisikan bayu.
Mahu digigit sejuk pagi dan disapa embun.

p/s: Jaga hati. Jaga iman (yang maha nipis itu). Jaga diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...