Monday, July 04, 2016

CatatanRamadhan1437H


Malam 30 Ramadhan
Mesjid AnNur.

Tadi blackout tiba-tiba.
ada yg terjerit.
ada yg termelatah.
aku agak blur.
tapi selepas seketika, aku suka.
Malap.
Hanya wrna putih telekung yang samar kelihatan,
Hanya sayup suara bilal tnpa mic yang kedengaran,
tiada kipas berbunyi.
Semua persis 4 pagi sepi.

Oh, tapi cuma sebentar.
Selepas kiraan 10 kurang lebih,
Semua terang kembali.
Terus disambut Alhamdulillah.

Ps. Kamu tidak putus dalam doa.

Sunday, May 08, 2016

Berkat

Bila kau tiada lagi masa,
Untuk buat segala yang dulu kau biasa,
Sendiri perlu tahu, ini hanya rasa atau mampu membinasa?

Mana pergi berkat masa.
Mana pergi berkat rasa.

Saturday, April 30, 2016

Di setiap untaian kata
Cetusan rasa
Belaian jiwa
Dan momen gelora
Yang mana satu boleh kau percaya
.. tanpa terpedaya
dengan kehebatan sandiwara
Kemanisan kata sang arjuna.
Salam.


Perit dan hampir serik

Sunday, February 28, 2016


Kau tahu Tuhan ada.
Tapi kau sendiri malas mendekati NYA.
Jarak antara kening dan sejadah kau ambil mudah.
Bicara antara mulut dan tadahan tgn kau pandang biasa.
Kitab suci kau buka sekali sekala.
Basahan lidah dgn pujian pada-NYA jarang ada.

Lalu kau bertanya,
Kenapa kau masih bergelumang dosa,
Bersalut duka nestapa,
Berfikir kerisauan dunia.

Hati tahu jawapannya.
Tapi badan masih keras berat dan malas.
Petaka apakah yg lebih malang selain qolbu yg mati?

Saturday, February 20, 2016

Tak biasa.
Lalu terbit khuatir
Bawa ke ketakutan.

Wednesday, February 10, 2016

So much that we refused to forget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...