Sunday, April 29, 2018

Cinta AMAT


Katanya ustaz, setiap yang amat itu akan diuji.

Sayangnya amat nabi ibrahim pada putera sulungnya, ismail, diuji jua oleh Allah.
Namun patuh dan sayangnya Nabi Ibrahim dan Ismail pada Allah, mengatasi segalanya.
.
Rahmatnya Allah lebih besar dari apa yang kita jangkakan.
Diganti korban tersebut dengan seekor kibas.
.
Disambung lagi oleh ustaz;
Maka janganlah kita terlalu atau amat dalam sesuatu.  Sayang atau benci itu jangan keterlaluan. Kelak bila berlaku yang jelek, sayang bisa menjadi benci. Bila terlalu benci, boleh jadi dia juga yang akan kamu miliki suatu hari nanti.  Bersederhanalah selalu.

Saturday, April 21, 2018

Mudah bukannya rendah

Good deeds.

Sewaktu sampai di masjidil haram mekah, sudah menghampiri waktunya maghrib. Maka kami solat maghrib dahulu. Usai maghrib, dtg wanita arab menghulurkan sebekas kurma. Jalan2 lagi ada yg menghulurkan biskut buat asyraaf sambil bertanya pada mamanya adakah diizinkan.
.
Sewaktu umrah kedua pula (miqat di jaaranah), kami tawaf di kala tengah hari. Di kala panas itu, dtg seorang wanita berjalan sambil menghulur kotak tisu buat para jemaah mengelap keringat mereka tika tawaf. Modalnya hanya sekotak tisu dan ikhlas. Beliau jalan, senyum dan hulur tanpa tunggu balasan walau sepotong terima kasih pun.
Sangat mudah tapi indah!
Terkesan.
.
Kita biasa dibesarkan dengan berbuat baik berupa sedekah wang ringgit,
berupa pemberian hadiah.
Skop sedekah itu luas.
Berbuat baik spt menghulurkan sehelai tisu itu juga mudah, walaupun dilihat sbg kecil di mata kasar.
.
Teringat kata2 ustaz berkaitan makmum masbuk.

Jemaah : "ustaz, klo kita dah lewat solat jemaah, imam dah nak sujud, elok tunggu next rakaat or sujud?(yela, sbb kalau sujud pun rakaat itu x di kira sbg 1 rakaat)"
.
Jawapan ustaz amat menyentapkan aku sebab kalau aku, aku akan tunggu imam masuk next rakaat and follow 😅😅😅.
.
Ustaz : jika dalam keadaan itu (masih punya masa utk angkat takbir dgn sempurna dll), eloklah IKUT IMAM SUJUD. Kerana tanpa kita ketahui, mungkin perbuatan sujud kita itu mendatangkan lebih byk kebaikan dan redha Allah buat kita.
.
Ya, jgn menilai sekecil2 perbuatan dgn nilai yg enteng. Kebaikan yg nampak mudah, tidak semestinya bererti nilainya juga rendah.
Kerna hakikatnya, kita tidak tahu perbuatan baik mana yg punya nilai besar di sisi-NYA. Wallahu'alam.

#170218saturday
#notetoself #notetoself #notetoself !
#sharingIsCaring #catatanharamainsara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...