Showing posts with label Islamic Info.. Show all posts
Showing posts with label Islamic Info.. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

3 kecelakaan

Salam.

Mesti ramai yang dah pernah dengar hadith ni.........

Hadith di bawah yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib:


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : صعد النبي صلى الله عليه وسلم المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين ، قيل يا رسول الله إنك صعدت المنبر فقلت : آمين آمين آمين ، قال : أتاني جبريل عليه الصلاة والسلام فقال : من أدرك شهر رمضان فلم يغفر له فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين ، فقال : يا محمد ، ومن أدرك أبويه أو أحدهما فلم يبرهما فمات فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين ، قال : ومن ذُكرتَ عنده فلم يصل عليك فمات فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين


Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang mendapati Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan menjauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.”
 
Inti patinya:

Didoakan oleh malaikat Jibrail, di aminkan oleh Nabi Muhammad SAW... :-

1) "Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan yang penuh berkah, tetapi tidak memperoleh keampunan."

2) "Celakalah orang yang mendapati ibu bapanya yang telah tua, atau salah satu dari keduanya, tetapi keduanya tidak menyebabkan orang itu masuk surga."
(tidak berbakti kepada ibu bapa, walhal menjaga ibu bapa tua membolehkan dirinya masuk syurga)

3)"Celakalah orang yang apabila namamu (Muhammad SAW) disebutkan, dia tidak bersalawat ke atasmu."


Maka, bayangkanlah betapa mustajabnya doa ini..
*peringatan untuk diri sendiri*

p/s: Semoga aku (dan kita semua) mampu menjalani bulan mulia ini dengan amalan2 terpuji :)..Ameen

Thursday, March 01, 2012

it's 3am in the morning,

Salam.

"aku bersyukur kerana aku ada rakan sekerja yang aku boleh berbincang 
mengenai hal-hal agama dan lain-lain"

**********

..... dan aku senang bercakap dengan kak Helen (wahhh...haha..bukan nama sebenar)
antara intipatinya, Apabila berdoa, memohon kepada NYA, mohon lah dengan amat sangat dan penuh keyakinan...tanpa ragu-ragu.
Yakinlah bahawa DIA maha mendengar dan akan memakbulkan doa kita.
bukannya berperasaan walaupun sedetik samada akan tercapaikah impian dan termakbulkah doa?
semasa berdoa, perlu YAKIN bahawa kita akan dapat apa yang dipohon kepada YANG MAHA ESA.
doa dengan sungguh-sungguh dan istiqamah.

:)

p/s: weekend..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...