Saturday, April 21, 2018

Mudah bukannya rendah

Good deeds.

Sewaktu sampai di masjidil haram mekah, sudah menghampiri waktunya maghrib. Maka kami solat maghrib dahulu. Usai maghrib, dtg wanita arab menghulurkan sebekas kurma. Jalan2 lagi ada yg menghulurkan biskut buat asyraaf sambil bertanya pada mamanya adakah diizinkan.
.
Sewaktu umrah kedua pula (miqat di jaaranah), kami tawaf di kala tengah hari. Di kala panas itu, dtg seorang wanita berjalan sambil menghulur kotak tisu buat para jemaah mengelap keringat mereka tika tawaf. Modalnya hanya sekotak tisu dan ikhlas. Beliau jalan, senyum dan hulur tanpa tunggu balasan walau sepotong terima kasih pun.
Sangat mudah tapi indah!
Terkesan.
.
Kita biasa dibesarkan dengan berbuat baik berupa sedekah wang ringgit,
berupa pemberian hadiah.
Skop sedekah itu luas.
Berbuat baik spt menghulurkan sehelai tisu itu juga mudah, walaupun dilihat sbg kecil di mata kasar.
.
Teringat kata2 ustaz berkaitan makmum masbuk.

Jemaah : "ustaz, klo kita dah lewat solat jemaah, imam dah nak sujud, elok tunggu next rakaat or sujud?(yela, sbb kalau sujud pun rakaat itu x di kira sbg 1 rakaat)"
.
Jawapan ustaz amat menyentapkan aku sebab kalau aku, aku akan tunggu imam masuk next rakaat and follow 😅😅😅.
.
Ustaz : jika dalam keadaan itu (masih punya masa utk angkat takbir dgn sempurna dll), eloklah IKUT IMAM SUJUD. Kerana tanpa kita ketahui, mungkin perbuatan sujud kita itu mendatangkan lebih byk kebaikan dan redha Allah buat kita.
.
Ya, jgn menilai sekecil2 perbuatan dgn nilai yg enteng. Kebaikan yg nampak mudah, tidak semestinya bererti nilainya juga rendah.
Kerna hakikatnya, kita tidak tahu perbuatan baik mana yg punya nilai besar di sisi-NYA. Wallahu'alam.

#170218saturday
#notetoself #notetoself #notetoself !
#sharingIsCaring #catatanharamainsara

Sunday, March 25, 2018

I used to think that new york city or vegas is the city that never sleeps... until i came here.

Makkah adalah kota cinta sejati yg tak pernah mati.
Sentiasa ada hati yg melangkah ke arah sana.
Sentiasa ada jiwa yg berada di masjidil haram berharap pada yg Maha Mendengar.
Baitullah tidak pernah kosong dari tawafnya insan, melainkan kala solat dilaksanakan.
Saie tidak pernah tidak ada manusia yg berada di sana.

Lalu bertanyalah hati,
Kalau bukan kerna cinta, masakan berpusu pusu manusia datang dari pelusuk dunia utk mengabdi diri pada Pencipta?

Kalau bukan kerna cinta,masakan berpusu2 manusia menyahut jemputan-Nya setiap detik.

Kalau bukan kerna cinta,
Masakan jiwa bisa terusik,
mata bisa bergenang dan hati bisa rindu amat pada baitullahilharam?

Labbaikallahummalabbaik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...