Monday, August 10, 2015

Siapa yang pernah kesat air mata kau?

Sendiri

dan

Ibu.

Siapa yang mampu hilangkan kesedihan kau?

ALLAH SWT.

Bukan kau.
Bukan ibu.
Bukan mereka.

Sunday, August 09, 2015

Nasihat yang berhikmah. Yang padanya tiada marah dan tiada kata pelemah.

Mendengar pada pengalaman mereka.
Yang padanya ada kejujuran rasa dan keikhlasan cerita.

Nasihat mereka masih bergema.
"Sudah tarafnya kita seorang hamba, selayaknya diuji oleh DIA.."

Sel dalam otak berhubung segera dengan janji TUHAN (al-Baqarah; 286)... bahawa DIA tidak akan uji kita dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi.

Bila kali terakhir kita bersyukur kerana diuji?

Soal aku kepada aku..

Thursday, August 06, 2015

Redha

R.E.D.H.A...

5 huruf,1 perkataan.
Tapi sejauh mana keikhlasan, perlaksanaan dan penerimaan?

Adakah bila bersedih,
terkenang dan bergenang, menunjukkan seseorang itu tidak redha?

Ya Rabb,
Kurniakan kami hati yang redha atas segala ketentuan-MU.
Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Menentukan..

Tuesday, August 04, 2015

Hakikat




Aku sering membayangkan bahawa hati adalah satu ruang kosong yang perlu diisi, 
samada dengan air atau minyak, 
atau kebiasaannya, manusia hina seperti aku, ada kedua-duanya. 
...yang mana keduanya tidak bercampur tapi masing2 cuba mengambil ruang yang ada.

jika hati terisi lebih dengan air, maka ruangan untuk minyak akan berkurang. 
jika terisi lebih dengan minyak, maka ruangan air menjadi sedikit. 

air diibaratkan sebagai sesuatu yang menyihatkan
.. memberi tenaga, punya unsur membersih. 
jika ditambah usaha, mampu menyingkirkan lebihan minyak, 
lantas memperoleh ruangan lebih di dalam hati.

minyak pula, 
sedikit sebanyak perlu..
 tapi jika terlalu banyak, memberi mudarat.. 
dan jika dibiar lama, akan menjadi lemak, membawa penyakit dan menyempitkan ruangan hati.

Setiap kali hati terisi lebih dengan dunia (minyak),
 maka ruangan untuk akhirat (air) akan berkurang.
setiap kali kurang siraman air pada hati, 
setiap kali itulah, minyak mengambil ruangan itu. 

dan jika berterusan, 
minyak bertukar jadi lemak... 
dan akhirnya menyumbat hati sendiri hingga sukar dimasuki air.

aku takut.
takut ruangan untuk air makin berkurang kerna ralitnya hati dimasuki minyak..
...sedangkan aku tahu pentingnya air untuk menyuburkan hati.


Saturday, August 01, 2015

Auggie


Hi AUGUST!
I love you so much last year.
I love how you make me felt last year.
Be good to me this year too, ya..
Or at least, let me be spiritually and mentally stronger than previous months!

😊

Sunday, July 26, 2015

Kerana DIA juga bisa membuka kunci

Salam.


pantas jemari mengimbau
selakan demi selakan
satu persatu diperhati kaku
benar kaku.
keras tanpa belas.

teriak mata
membaca mantra
namun tewas.
habis juraian mutiara
melimpah dari takungan ikhlas.

sebak
puas telapak tangan menutup degup
konon hati mampu dipangku
rebah jua dalam hela nafas.

lalu dalam getar menahan rasa
bibir berkumat perlahan
kalimah Tuhan Maha Agung
disebut acap kali
bersulam nafas sebak,
berteman titisan jernih kolam mata.

****

Duhai sayang,
dalam indah dan tribulasi,
carilah DIA, Tuhan yang memegang hati.

Salam.

10 syawal
10 hari selepas peninggalan Ramadhan.
apa yang masih kita kekalkan?
apa yang telah kita tinggalkan?
apa yang terkesan di sanubari kita, kawan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...