Sunday, November 29, 2015

Hati rabak

Kadang aku terfikir.
Apa yg mampu membuatkan kita gembira..
Apa yang bisa membuat kita sedih..
Adakah ia cerminan iman?

Kalau tangisan itu jatuhnya kerana kehilangan yang kecil,
Kerana patahnya hati,
Kerana banyaknya urusan dunia..

Adakah itu petanda hati penuh keduniaan?

Sedangkan mereka yg lain bersengkang mata,
Berkolam air mata,
Bermandi peluh dan keringat,
Resah gelisah, berduka lara kerna
memikirkan urusan di 'sana'
Bekalan di dada dan ibadah.

Juga kerna sebak dek saudara seislam berbantal batu dan berselimut pelukan lengan.

Lihatlah sendiri.
Hati kau masih kecil.
Halus.
Lekas rabak.
Banyak tangis dan tawa kerna dunia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...