#17022016
Bila sayang ...
Kau akan husnudzon dengan serta merta.
Biar aku bawa satu cerita..
Kisahnya kau sayang pada dia..
Tapi dia jarang tanya berita..
Mahu saja kau berprasangka..
"Oh..dia tak suka.."
Tapi kerna sayang pada dia..
Kau husnudzon,
"Mungkin dia punya banyak kerja."
Kisah kedua.
Kau sayang pada dia.
Tapi dia selalu marah kau tiap masa.
Kalau bukan kerna sayang dia,
Mesti kau anggap dia baran ya.
Tapi kerna kau sayang pada dia,
"oh dia marah kerna sayang", kau pujuk hati berkata-kata.
Kisah kedua.
Kau sayang pada dia.
Tapi masa dan ruang tiada.
Dia jenis cool.
Kau pula jenis cemburu dalam cool.
Tapi kerna sayang pada dia,
Kau husnudzon.
"Jauh di mata, dekat di hati".
Itu yang kau bilang setiap hari,
Itu yang kau doa tiap kali.
Kisah ketiga.
Kau sayang pada dia.
Tapi sikap kau dan dia tiada yang sama.
Dia redah saja,
kau skema pula.
Dia suka yang meriah dan ceria,
Kau pemalu dan perlu masa untuk huhahuha.
Dia baik berhemah dalam bicara,
Kau pula direct yang kadang terlebih emosi dari isi.
Dia menilai dari mata,
Kau pula perlu lihat dan dengar untuk 'rasa'.
Dia simpan perasaan segala,
Dan kau pula walau dalam hati ada taman, bibir masih terkunci diam seribu kata.
Mahu saja kau menangis berendam air mata.
Memikirkan kenapa harus banyak yang beda?
Tapi kerna sayang pada dia,
Kau husnudzon..
Kata kau dalam hati,
"walau beda banyak perkara..
Aku mau fahami dan rai itu semua"..
Benarkan aku kata?...
Kalau dah sayang..kau akan husnudzon.
Kau akan cari walau 1 sebab untuk terus sayang.
Dan lenyapkan 1000 sebab untuk dia hilang.
Itu kalau ada SAYANG.
kalau tiada sayang... usah satu sebab,
Satu titik sebab untuk husnudzon pun sukar dicari.
Tapi kalian..
Yang lebih indah itu bila kita husnudzon pada DIA.
Allah kan Maha Baik.
Dia jadikan setiap sesuatu dengan hikmah.
Segala persamaan dan perbezaan,
Kelebihan dan kekurangan,
Untuk kita sama melengkapi.
Sayang manusia kerna DIA.
Baik buruk dia dan diri,
kita sama harmonikan kerna DIA.
Suara ini nasihat buat diri.
Yang selalu terlupa dalam menghargai.