Salam.
kadang-kadang aku tak larat nak dengar soalan-soalan dari students, especially form 1* nih.
1st
masuk je kelas hari tuh, diorang duk busy-busy ulang sebut banyak2 kali number plat kereta parents aku. masuk periksa?
tak...ada kepentingan dalam hidup depa?
xde kottt. ganggu kelas?
YESSS..
2nd
hari tuh seorang student lelaki nih yang mengaku die mulut murai-
"cikgu, saya memang mulut murai macam nenek saya"..pfftt. itu satu hal. se hal lagi, die beria- ia masa aku mengajar duk tanya berapa lama aku duduk NZ. Bila aku jawab, dia kata, "
hah, lama tuh cikgu tak puasa kannn???..." (hambek ko jahhh...menyesal jawab kannn)
3rd
tadi. sorang budak tak reti duduk diam dari kelas yang sama dengan kes kedua tuh.
dia tanya,
"cikgu, cikgu puasa ke cikgu??".
aku jawab,
"yes, im fasting"
dia tak puas hati,
"habis tu kenapa mulut cikgu berminyak??? macam baru lepas makan mee"
hambek ko jahhh..makan mee ko kata (terus aku ngidam kuew teow)..lenkali jangan pakai lipgloss lah senang.
4th
kelas lain.
aktiviti berkumpulan
sedang satu group perempuan nih sibuk2 bincang, datang sorang boy nih cakap something yang membuatkan group girls nih panggil aku.
"why??"
"teacher, dia ejek kitorang"
"what did u say to her?"
"saya sebut huruf depan nama diorang jer; s, d, a" - jawab budak lelaki tersebut...
kemudian kumpulan perempuan tuh balas...
"memang lah teacher, tapi dia tambah o, k, u kat belakang tuh!!"
right, sesungguhnya aku berpuasa.
XXXXXXXXXXX
Ramadhan moment2: @ Kayu Manis, Wellington NZ
*D was taking the pic*
p/s: Alhamdulillah. interview SPP dah ada tarikh. perlu berusaha dan berdoa agar semua berjalan lancar dan cemerlang, insya ALLAH.. Ameen. kawan2, doakan yang terbaik juga ya! :)