"Aku bersyukur kerana dengan izin ALLAH, semalam, Ustaz dan Has*** tolong aku yang sekali lagi terkunci. Tapi kali ni di luar rumah pulak.. kul 11 malam..huhu"
*********
ASP (aksi student pelik)
kes 1:
aku ada beberapa marker pen yg baru refill. so dakwat die ala2 cair and menitik2 bila penutup dibuka.
so this one boy die guna marker pen tuh untuk tulis kat depan.. jadi menitiklah dakwat hitam kat baju dia.
aku : "eh, awak, hati2 tuh.. dah kena baju awak dah.."
W : "kenapa teacher tak bagitau dari semalam....kan baju saya dah ada taik lalat teacher..."
hahahah.. weh..motippp kene gtau dari semalam n taik lalat???
kes 2:
aku pakai lip gloss.
dah nama lip gloss..berkilat lah kann..
so budak neh tegur, "teacher, lip gloss teacher banyak teacher..."
ok aku tak kisah...
then die sambung, "tergoda saya"...
ok... cubit.
kes 3:
budak yang sama seperti kes atas tuh.
sekali tuh, time aku mengajar, tetiba die bawak keluar paper plate, letak atas meja.
then, muncul pulak sebatang aloevera atas paper plate tuh.
bila die nampak aku pandang...
die cakap, "jemput makan teacher..."
*sadis*
potpetpotpet.. (mengajar)
dah abes mengajar, budak tuh tanya aku..
"teacher, lidah buaya dalam bahasa inggeris apa?...crocodile...crocodile..lidah apa teacher?"
akhirnya dia cakap lidah buaya as "crocodile tongue".. dia kata aloevera tak logik..
T__T
kes 4:
ok..hari ni punya kelas..
aku memang tak larat.
jalan slow..
perut pinggang semua sakit.
nak berdiri dalam kelas pun macam azab.
so tibalah dua masa untuk kelas form 5 neh..
kelas form 5 neh, budak lelakinya kuat bercakap. mengalahkan perempuan.
so aku pun cakap, "awak semua neh, cakap kuat mengalahkan........"
diorang sambung "langau"
"saya sebenarnya nak cakap lebah. tak sampai hati nak samakan awak dengan langau. awak tau kan langau suka hinggap dekat apa??"
diorang jawab, "taikkk"
[ahahah.. dalam hati aku cuma nak kata sampah je.. tapi diorang sambung taik..]
and then bebelan berterusan.
"tapi, bising2 lebah pun berisi.. lebah hasilkan apa?"
"madu...." jawab mereka.
tapi, ada sorang neh dia jawab,
"bising2 berisi macam Jamil"
Jamil terpinga-pinga ok.
mmg lah die besar sket..tapi...perlu ke???
p/s: not ready..huhu