I wish 2016 is the year that i could travel more.
Smile more
And focusing more on important and certain things.
2015.
I cried a lot this year.
Months.
Half year.
Throughout the year.
No hatred.
Just sadness and lots of questions.
Kadang aku terfikir.
Apa yg mampu membuatkan kita gembira..
Apa yang bisa membuat kita sedih..
Adakah ia cerminan iman?
Kalau tangisan itu jatuhnya kerana kehilangan yang kecil,
Kerana patahnya hati,
Kerana banyaknya urusan dunia..
Adakah itu petanda hati penuh keduniaan?
Sedangkan mereka yg lain bersengkang mata,
Berkolam air mata,
Bermandi peluh dan keringat,
Resah gelisah, berduka lara kerna
memikirkan urusan di 'sana'
Bekalan di dada dan ibadah.
Juga kerna sebak dek saudara seislam berbantal batu dan berselimut pelukan lengan.
Lihatlah sendiri.
Hati kau masih kecil.
Halus.
Lekas rabak.
Banyak tangis dan tawa kerna dunia.
Koreksi diri.
Kalau apa yang kau buat tak mampu halang kau dari kejahatan dan dosa..
Apa sebenarnya yang berlaku?
Apa sebenarnya yang kau lakukan sehingga tak laku di sisi NYA?
😢😢😢😢
Rindu waktu itu ya Tuhan.
ALLAH.. ampuni dosa lalu.
Mampukan daku untuk suka segala yang Engkau suka..
Mampukan daku untuk utamakan MU, Ya ALLAH dalam segala perkara..