Sunday, October 27, 2013

Wanita

Salam

Kekuatan seorang wanita itu bukan hanya terletak pada fisikal dan kebolehan dia mengendalikan dua tiga kerja atau urusan. Tetapi kekuatan emosi juga.

Kawan aku pernah cakap.
Dia kata perempuan ni banyak kepada emosi dan lelaki pula pada visual.
Kalau lelaki mampu buatkan wanita itu merasakan dirinya terjaga dan selamat..(walau lelaki tu sendiri sekeping ala papan ping pong-bak kata ustaz azhar),
Dan mampu buat dirinya seperti ratu cantik (walau kau tengok persis mesin padi-bak kata students aku)
Walau hanya dengan kata dan bukan action..
...pun wanita boleh sangkut.

Sebab itu...
Wahai wanita dan diri,
Pentingnya kekuatan emosi dan kebijaksanaan dalam menilai kata atau dusta.

Tapi..
Kalau kau suami dia..
Memang tanggungjawab kau lah untuk lindungi dia sedaya kau.
Juga untuk puji dan buat dia percaya.
Bahawa di mata kau, dia lah penyejuk, dialah bidadari dunia.
Dan bolehlah kau tanya, "does it hurt?"
Tunggu seketika. Amati riak muka dia.
Dan kau sambung, "when you fell from heaven?"

Sebab cantik wanita itu bermakna tinggi bila suami yang bilang.

p/s: random meh

Tuesday, October 15, 2013

Bismillah

Salam.


 'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi  'Ala diinik

"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, 
tetapkanlah hatiku atas agama-Mu"


p/s: Ameen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...