Saturday, August 16, 2014

sibuk

Salam.

Kadang-kadang..
aku suka keadaan bila terlalu sibuk..
Yang mana aku terpaksa korban tido..
Korban makan..
Korban rehat..
Korban ME time.

Kadang aku suka tahap sibuk sampai ..
kat sekolah, nak pakai baju pun nk yg longgar so mudah nak gerak laju and duduk lasak.
Jalan pun pakai flats
so dapat gerak cepat and langkah tangga dgn pantas.
Badan dah macam pokok krismas bergerak.
Kiri kanan belakang penuh beg muatan lori.

Drive sambil usha nota kat seat sebelah.
Traffic light je..amek nota n baca.
Makan pun menyambil je.

Senyum?
memang jarang lah..
Sembang pun tak sempat..
Bersosial apatah lagi.
Muka serius je.. Mulut muncung.
Bila orang senyum kat ko, barulah sedar yang dari tadi tak senyum.
So happy lah kejap.
Haha.

Sibuk yang mcm ni,
Buat aku sedar yang aku masih hidup dan kuat.
Mampu hadapi.
Mampu siapkan walau terpaksa korban byk perkara.

Sibuk macam ni bukan selalu.
Tapi bermusim.
Bila musim semua benda nak pada tarikh atau minggu lebih kurang.

Sibuk macam ni,
Buat aku rasa lebih ternanti2 Broad Smile Day
dan lebih nak me-reward diri.
Hehe

Sibuk macam ni, aku taklah suka sgt.
Santai itu kan lebih seronok.

Cuma...

Sibuk macam ni,
Buat aku lebih kebal dan kenal,
Kawan yang beri motivasi
dan mereka yang hanya ada bila mahu masa mereka untuk diisi.

Sibuk macam ni,
Buat aku lebih lebih lebih lagi terasa betapa lemahnya aku tanpa DIA.
Buat aku cari dan luang lebih masa untuk sujud lebih lama.
Doa lebih panjang dan duduk lebih bentarnya selepas solat.

Dan moga aku, kita dan kamu
senantiasa jadikan DIA tempat mengadu, bergantung dan berdoa
tak kira masa sibuk mahupun lapang.
susah ataupun senang.

p/s: "what does not kill you makes you stronger" .. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...