Genggam erat penuh kasih selama manapun,
andai ditaqdir ditusuk duri,
pasti akan terlerai genggaman,
bertaburan apa yang digenggam selama ini.
Tapi jika genggaman dibuka sedikit demi sedikit,
duri dibuang perlahan-lahan,
luka diubat cepat..
maka isi dalam genggaman pasti masih ada.
Lukanya pula pasti lekas sembuh.
Lantas begitulah juga kehidupan ini.
Jika kesalahan dimaafkan,
manusia tidak terus dibuang dan dihukum dengan hanya satu kesalahan,
tiada putus harapan dgn rahmat dari-NYA hanya kerana satu ujian,
maka apa yang dibina dgn kasih selama dalam genggaman pasti masih ada gunanya.
Namun kadang kita terlalu pantas menilai kesalahan dan menghukum..
Terlalu mudah berputus harap hanya kerana satu ujian.
Sakit dan luka itu pasti.
Tapi tindakan yang lebih pasti ialah utk tidak terlalu pantas membuka genggaman,
melerai pegangan hanya kerana satu duri.
Terus..luka diubati dan fokus diberi untuk terus menggenggam erat,
menjaga nikmat dan mendoakan rahmat.
Hidup lebih positif jika fokus adalah pada usaha yg telah kita bina dan nikmat yg kita peroleh;
bukan pada sebatang duri dan sakitnya satu luka..
#notauntukdiri #refleksi sebagai seorang hamba, anak, guru, sahabat dan manusia.