Monday, July 25, 2016

9 nyawa?


2 situasi yang mungkin adalah terakhir tapi bersyukur masih ada saat berikutnya.. :

1. Lokasi: PHL ipoh. Lepas tgk jualan gudang the store. Aku cross jalan lepas toleh kiri kanan kiri.. dan tiba2 muncul lori laju di selekoh.
Lori berhenti mngejut betul2 sedepa dari aku.
.
Memang betul mcm dalam drama. Klau org kene langgar, dia memang terpaku kat tengah jalan.. tak sempat lari or elak (dulu selalu cakap...awatlah mangsa tak mengelak..awatlah duk diam tgh jalan situ klo dh nmpk kereta..lol..). Tapi bila dah kena sendiri, baru faham maksud 'terpana'.

2. Lokasi: perth, australia.
Aku, dan 3 member memandu sendiri sepanjang berada di perth. Lesen didaftarkan atas nama member aku..dan aku sebagai navigator di sebelah driver. Masa tu malam kat traffic light simpang empat. Kami nak masuk kanan. Lampu traffic pun dh hijau. So, beloklah kami ke kanan dgn yakin dan tiba2 datang taxi dari arah hadapan kanan jalan laju.
Dua2 kereta brake mengejut. Jarak antara aku dan taxi hanyalah beberapa inci. Kalau kami berhenti dan taxi tu memecut, maka hentaman pertama adalah pada side aku.
Terkejut..tapi aku cuba bertenang. Itu baru malam pertama. Kalau aku panik, squad percutian akan turut terasa.
Peraturan lalu lintas di australia ialah utk mengutamakan kenderaan kanan. Meaning, kalau dua2 bahagian traffic lampu hijau, haruslah beri laluan pada kenderaan di kanan.

Peluang kedua untuk belajar dan selamat. Alhamdulillah.

Wednesday, July 13, 2016


Bila kau mula abaikan Tuhan,
Dahi dan sejadah berpisah sudah berzaman,
Kitab suci lama tidak bersentuhan,
Yang dibuat ialah larangan,
Yang ditinggal ialah suruhan,
Maka kau akan lihat perubahan,
Kehidupan hilang tenang perlahan-lahan,
Hidup lengkap tapi kusut tiada berkesudahan.
.
Perhatikan.

Monday, July 04, 2016

CatatanRamadhan1437H


Malam 30 Ramadhan
Mesjid AnNur.

Tadi blackout tiba-tiba.
ada yg terjerit.
ada yg termelatah.
aku agak blur.
tapi selepas seketika, aku suka.
Malap.
Hanya wrna putih telekung yang samar kelihatan,
Hanya sayup suara bilal tnpa mic yang kedengaran,
tiada kipas berbunyi.
Semua persis 4 pagi sepi.

Oh, tapi cuma sebentar.
Selepas kiraan 10 kurang lebih,
Semua terang kembali.
Terus disambut Alhamdulillah.

Ps. Kamu tidak putus dalam doa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...