Salam.
Setakat Januari 2012, nih antara koleksi Aksi Student Pelik (ASP) aku.
1) Bersembang dalam kelas dengan suara sengau yang dibuat-buat.
bila dah terlupa buat suara sengau, aku pun tegur, " eh, dah tak sengau dah?"
dia jawab, "dah makan ubat dah teacher"...
2) Dalam satu kelas aku ni, ada sorang budak perempuan, Kamalia (bukan nama sebenar) yang saiznya agak lain dari lain.
Tapi dia baik hati dan ringan tulang. Cuma, jadi bahan usikan kawan-kawan sekelas dia.
Hari tu, Kamalia duduk tempat lain dalam kelas dia.
so aku tanya lah, "Kamalia, kenapa awak duduk kat tengah pulak?"
tak sempat Kamalia jawab, ada suara petirrr, "bagi seimbang teacher. kalau dia duduk tepi, senget lah kelas".
*sigh*
3) Suatu petang di dewan makan asrama.
Menu makan malam : Telur rebus kari
Budak-budak dah habis makan. So ada telur yang lebih.
Ada lah 2-3 orang mintak telur kuning. Nak makan.
Tapi.......... diorang tak makan. diorang wat bom. main bom guna telur kuning.
Bikin panas!
p/s: Distraction.