Salam.
Makin kita dewasa,
makin kita tahu bahawa hidup perlu mara,
walau banyak tribulasi dan bahaya.
Makin kita dewasa,
makin kita tahu apa itu rasa.
Bukan hanya menerima tapi perlu juga memberi padanya.
Bukan hanya memberi, tapi mahu juga menerima.
Reciprocal, itu kata semua.
Makin kita dewasa,
makin malas ambil endah kata picisan manusia.
Makin faham hati mereka tak dapat dipuaskan semua.
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali, kata peribahasa.
Makin kita dewasa,
makin jelas di mata, di hati dan di jiwa,
bahawa mereka yang benar mengambil tahu perkara,
akan ambil tindakan dengan segera.
Tak akan dibiar sesuatu terdera.
Lagi-lagi jika itulah amanah dan permata,
yang selalu dan akan buat kita bahagia.
Makin kita dewasa,
makin suntuk kita punyai masa.
Segala inci rasa tak sempat dan mahu segera.
Kadang kaya sudah kita punya,
tapi masa pula selalu mencemburui kita.
Makin kita dewasa,
makin dekat panggilan kubur tiap kala.
Makin kita dihambat pi dek rumah dan harta.
Jika bahagia dunia, lebih lagi akhirat kita cari merata,
moga kita peroleh berkat di sini, di sana bersama.
p/s: moga kita semua makin matang dalam segala perkara baik.