Wednesday, February 18, 2015

Tolong ingatkan aku

Orang yang mudah lalai seperti aku..
Memang perlu kepada peringatan berulang kali tanpa jemu..
Peringatan dan nasihat berhikmah, agar aku mampu berubah,
dalam istiqamah.

In sya Allah.

Wednesday, February 11, 2015

Bolehkah kau hadapi

Salam

Kau tak tahu betapa jantung berdegup laju,
Fikiran melayang selalu,
Bila fikir perkara yang aku sendiri tak tahu,
...sama ada aku mampu.

Semahunya diri mahu jadi yang terbaik.
Tapi diri lebih kenali hati.
Banyak hitam dari putih suci.
Lalu mengundang pelbagai persoalan dalam diri.

Sudah ready,
untuk hadapi semua nanti?


Saturday, January 31, 2015

Cinta ke syurga


Kalau cinta,
Sama-sama banyakkan doa.

Kalau benar cinta,
Sama-sama bawa ke syurga.

Barulah sama-sama elak derita,
Sama-sama kecap bahagia.

Ps: peringatan untuk diri.

Friday, January 30, 2015

Salam.

Bila sayang, kau akan husnudzon secara automatiknya. Default setting barangkali.

Tuesday, January 20, 2015

baiki diri

Salam.

Bila dapat kegembiraan, kita bersyukur.
tapi jarang kita bertanya "kenapa aku?".
Maka bila ditimpa kesukaran,
bersyukurlah kerana kita terpilih untuk ditarbiyah,
dan jangan persoal "kenapa aku?".
Status kita sebagai hamba NYA, buatkan kita lebih dari layak untuk diuji.
Dan untungnya kita, hamba hina tapi Tuhan sayang...
Bila diuji NYA,
DIA janjikan kita hanya diuji dengan ujian yang kita mampu hadapi.
DIA janjikan disetiap kesukaran ada jalan keluar,
DIA janjikan sesuatu yang lebih baik,
Kadang kita mungkin tak faham dan tak punya kebijaksanaan untuk melihat hikmah.
Tapi semestinya ujian dari DIA membuatkan kita lebih berfikir,
lebih bermuhasabah,
lebih banyak tangis, rayu dan berharap pada DIA.

ALLAH, daku sayang pada MU.
Ampuni daku, ampuni dia, ampuni kami semua.

p/s: Mohon masa diputarkan adalah mustahil. 
Yang termampu ialah untuk mengubah diri sendiri. 
Baiki diri dan bersihkan hati.  

Wednesday, December 31, 2014

Thursday, November 13, 2014

Downy

Salam

Kau tak boleh harap dgn membasuh baju yg kau suka pakai dekat badan, rapat di hati sekali setahun,
baju itu akan makin kuat.
Kau juga harus faham bahawa kerap membasuh akan buat ia pudar.
Jangan lah jadi macam dia,
bila mahu raya,
barulah sebotol sabun dan perfume dituang pada baju.
Kan molek jika kau tuang sabun, picit perfume sedikit tapi berterusan.
Kalau aku baju, aku akan nyaman.
Kalau aku orang, aku akan beri satu..
oh mungkin banyak senyuman.
#rbtl

p/s: dont know how to start. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...