Sunday, May 08, 2016

Berkat

Bila kau tiada lagi masa,
Untuk buat segala yang dulu kau biasa,
Sendiri perlu tahu, ini hanya rasa atau mampu membinasa?

Mana pergi berkat masa.
Mana pergi berkat rasa.

Saturday, April 30, 2016

Di setiap untaian kata
Cetusan rasa
Belaian jiwa
Dan momen gelora
Yang mana satu boleh kau percaya
.. tanpa terpedaya
dengan kehebatan sandiwara
Kemanisan kata sang arjuna.
Salam.


Perit dan hampir serik

Sunday, February 28, 2016


Kau tahu Tuhan ada.
Tapi kau sendiri malas mendekati NYA.
Jarak antara kening dan sejadah kau ambil mudah.
Bicara antara mulut dan tadahan tgn kau pandang biasa.
Kitab suci kau buka sekali sekala.
Basahan lidah dgn pujian pada-NYA jarang ada.

Lalu kau bertanya,
Kenapa kau masih bergelumang dosa,
Bersalut duka nestapa,
Berfikir kerisauan dunia.

Hati tahu jawapannya.
Tapi badan masih keras berat dan malas.
Petaka apakah yg lebih malang selain qolbu yg mati?

Saturday, February 20, 2016

Tak biasa.
Lalu terbit khuatir
Bawa ke ketakutan.

Wednesday, February 10, 2016

So much that we refused to forget

Thursday, February 04, 2016

Hamba hina tapi mahu semua

Tuhan,
Aku hamba hina,
Tahu punya banyak dosa,
Tapi masih mahu meminta,
Semua perkara dalam dunia,
Dan semua yang kekal di sana.

Tuhan,
Aku hamba hina,
Tahu punya banyak cela,
Tapi masih mahu meminta,
Diampun dosa, dikurnia syurga.

Tuhan,
Aku hamba hina,
Tahu punya iman tak setinggi mereka,
Tapi masih mahu meminta,
Istiqamahkan aku dalam taqwa.

Tuhan,
Aku hamba hina,
Tahu punya hati gelap tiada warna,
Tapi masih mahu meminta,
Sucikanlah ia dengan salju penghilang nista.

Tuhan,
Aku hamba hina,
Sering hilang punca cahaya,
Tapi masih mahu meminta,
Ihdinas sirootol mustaqeem, padaMu yang Maha Esa.

Tuhan,
Aku hamba hina,
Cetek perwatakan wanita syurga,
Tapi masih mahu meminta,
Kuatkan daku nanti sebagai isteri solehah, ibu sempurna,
Untuk jodohku di dunia dan di syurga,
Serta zuriat keturunan bertaqwa.

Tuhan,
Aku hamba hina,
Dengan hati bolak balik penuh dosa,
Turun naik imanku seperti nafas kencang hentinya tiada,
Tapi Tuhan, aku tahu selangkah aku menghampiriMu,
Rahmat dan kasih sayangMu hadir berganda,
KeampunanMu sentiasa terbuka,
Buat aku, hamba pendosa.

Rayuku padaMu Tuhan,
Jangan tinggalkan aku walau seketika.
Walau sekelip mata.
Walau nafas sehela.
Walau lebih sekejap dari keduanya.
Kerna aku hanya punya Engkau,
Allahu Ahad.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...