Salam.
Jarang sekali aku benar-benar mendongak ke langit pagi.
Pemandangan selalu searas mata.
Mata terpejam seketika menahan cahaya mentari.
Ironinya, mata kecil mampu melihat seluas-luas langit Ilahi.
Biru,
Berawan,
dan bawa rasa tenang.
Mahu benar hampar badan di permaidani rumput.
Mahu beralas lengan mengintai ketenangan biru di atas.
Mahu dengar deruan ombak dan bisikan bayu.
Mahu digigit sejuk pagi dan disapa embun.
p/s: Jaga hati. Jaga iman (yang maha nipis itu). Jaga diri.