Salam.
Dalam banyak perkara, kita banyak kisarkan tentang 'aku'.
Untungkah 'aku', bagaimanakah 'aku', 'sakitkah aku'
...kalau berlaku begini dan begitu.
Bila mendengar, kita banyak menyelitkan 'aku'.
'Aku' lagi susah, 'aku' lagi sedih, 'aku' lagi sakit.
Tak kurang pula bila membanding.
'Aku' lagi hebat, 'aku' lagi best, 'aku' lagi power.
Semua situasi berpusing pada 'aku'.
Fokus pada diri walhal dalam sedaif-daif situasi,
bukan 'aku' yang paling daif.
Maka 'aku' patut bersyukur.
Walhal dalam sehebat-hebat keadaan,
Ada yang lagi hebat dari 'aku'
Maka 'aku' patut bersyukur dan berusaha.
Untung rugi 'aku' bukan terletak pada satu titik semata.
Jika wang jadi taruhan,
jika kecantikan jadi ukuran,
jika populariti jadi cagaran,
Maka di manakah 'aku' letakkan Tuhan?
Untunglah 'aku' jika ALLAH SWT suka apa yang 'aku' laku.
Rugilah 'aku' jika hanya mengharap apa yang dilaku jadi bualan sang manusia tiap waktu.
Ya Rabb,
Jadikan daku hamba-MU yang sentiasa bersyukur,
yang meletakkan keredhaan dan pengharapan hanya pada-MU
yang redha dengan ujian-MU dan tidak hanyut dalam lautan nikmat-MU.
Daku mahu termasuk dalam golongan yang 'sedikit' itu.
p/s: moga aku dan kita sentiasa bersyukur dengan limpahan nikmat-NYA.
No comments:
Post a Comment