Sunday, September 29, 2013

cara elak maksiat

Salam.

 from fb

p/s: jom sesama buat

Sunday, September 22, 2013

Lil things i do for self-motivation

Salam.

Just sharing lil things i do to motivate myself for ...

a) driving
Since i drove quite frequently and each driving would take min 30mins (to 2hours++), it stms bores me. Huhu. Hence..
-i downloaded new songs and heaps of ceramah/motivasi so i could listen to and enjoyed em while driving.
-i lol to JOHARA PAgi Era. Eagerly waiting for their 6+ am sketsa johara (repeat) and 7+ am for the latest sketsa johara.
- i change my car scent/perfume. I dont stick to one particular scent.
-i drove fast to avoid being sleepy (but thats not good).
-i selfie esp at the traffic light. Huhu

b) working esp on monday (bluess).
-i bought new shoes or handbag or tudung or kurung (once in a while).
-i think of the jokes that my students esp those form fives and threes would pull on. Their natural jokes and mocking on their friends. They stms made me laughed hard.
-i think of my colleagues whom i could share some stories with while marking or eating. And to listen to their kids' antics.
-i count my days
-i count my blessings and try to focus in the bright side of every thing.

And other stuff.. Hihi

p/s: keep on motivating myself. Though i couldnt help but to nag stms. :p

Sunday, September 08, 2013

Dunia sarat

Salam

Antara nikmat yang paling aku bersyukur ialah punyai keluarga yang banyak memantau dan menjaga diri,
Kawan yang banyak beri pengaruh positif,
Persekitaran (keluarga, kawan dan sekolah) yang membantu dalam memberi didikan agama.

yang mana kalau tiada nikmat tersebut, aku mungkin hanyut.
Dengan persekitaran yang semakin lagha, pengaruh buruk rakan sebaya dan tiadanya didikan agama.

Dunia makin tua.
Banyak dosa manusia yang ditampungnya.
Jika boleh diluah, muntah nanah gamaknya.

Ya Allah,
Apabila suatu yang tak sepatutnya dilazimi menjadi suatu yang lazim oleh manusia sekeliling,
Buat aku takut, andai aku lalai.
Tapi buat jua aku bersyukur atas nikmat agama, keluarga dan rakan.

p/s:
Ya Allah,
Peliharalah dan lindungilah diriku ini dari segala bahaya dan lalai,
Agar daku mampu menjadi hamba MU yang solehah.

Sunday, August 18, 2013

11 days trial pack. Lol

Syawal resolutions

- be early
- nap less
- drink more plain water (wake up n
bfre sleep in particular)
- exercise regularly
- smile more
- instag one grateful thing dat happens from tomorrow til merdeka (plus minus 11 days. Let's!)..
#Count my blessing (internet please be kind).

In sya Allah.

p/s: school? Bring it on! Hehe

Monday, July 29, 2013

'aku'

Salam.

Dalam banyak perkara, kita banyak kisarkan tentang 'aku'.
Untungkah 'aku', bagaimanakah 'aku', 'sakitkah aku'
...kalau berlaku begini dan begitu.

Bila mendengar, kita banyak menyelitkan 'aku'.
'Aku' lagi susah, 'aku' lagi sedih, 'aku' lagi sakit.

Tak kurang pula bila membanding.
'Aku' lagi hebat, 'aku' lagi best, 'aku' lagi power.
Semua situasi berpusing pada 'aku'.

Fokus pada diri walhal dalam sedaif-daif situasi,
bukan 'aku' yang paling daif.
Maka 'aku' patut bersyukur.

Walhal dalam sehebat-hebat keadaan,
Ada yang lagi hebat dari 'aku'
Maka 'aku' patut bersyukur dan berusaha.

Untung rugi 'aku' bukan terletak pada satu titik semata.
Jika wang jadi taruhan,
jika kecantikan jadi ukuran,
jika populariti jadi cagaran,
Maka di manakah 'aku' letakkan Tuhan?
Untunglah 'aku' jika ALLAH SWT suka apa yang 'aku' laku.
Rugilah 'aku' jika hanya mengharap apa yang dilaku jadi bualan sang manusia tiap waktu.

Ya Rabb,
Jadikan daku hamba-MU yang sentiasa bersyukur,
yang meletakkan keredhaan dan pengharapan hanya pada-MU
yang redha dengan ujian-MU dan tidak hanyut dalam lautan nikmat-MU.
Daku mahu termasuk dalam golongan yang 'sedikit' itu.

p/s: moga aku dan kita sentiasa bersyukur dengan limpahan nikmat-NYA.

Wednesday, July 24, 2013

pandu(an)

Salam.

Kadang, suatu situasi memberi kita peluang dan waktu untuk berfikir dalam.
Sesetengah orang, ruang persendirian di dalam kamar membuatnya termenung jauh dan berfikir.
Ada yang ketika mandi, datang idea yang pelbagai.
Dan aku,
ketika memandu.

Waktu memandu setiap hujung minggu membiasakan aku untuk berfikir dalam.
Cukup dua jam aku berfikir apa yang terjadi pada hariku dan hari-hari yang lepas.
Kerana itu, kadang menitis air mata ketika memandu seorang.
Kadang terdetik rasa mahu berhenti dan mengimpi sudah sampai destinasi.
Kadang semahu hati bertukar haluan menuju ke kawasan yang lebih tenang.
Kadang aku hanya ingin menekan pedal minyak sekuat daya walau hanya untuk 120 saat.
Mungkin 120 saat itu yang aku perlukan untuk rasa dan dengari deru angin sebagai ganti sapaan bayu laut.

p/s: dan sesungguhnya pemilik segala ketenangan adalah DIA.


Friday, July 12, 2013

Ramadhan Kareem!

Salam.

Ramadhan

Apa matlamat kali ini?

Moga diberkati,
moga dirahmati,
moga hajat baik dimakbulkan Ilahi.

Salam Ramadhan.


p/s: Moga terhindar dari penyakit hati. Moga ALLAH pelihara hati ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...