Saturday, October 25, 2014

Note to self

Salam.

Selalu istighfar dan taubat,
Jauhi maksiat,
Doa dengan kuat.

p/s: jaga hati..jaga diri..

Sunday, October 12, 2014

Dongak ke langit.

Salam.

Jarang sekali aku benar-benar mendongak ke langit pagi.
Pemandangan selalu searas mata.
Mata terpejam seketika menahan cahaya mentari.
Ironinya, mata kecil mampu melihat seluas-luas langit Ilahi.
Biru,
Berawan,
dan bawa rasa tenang.
Mahu benar hampar badan di permaidani rumput.
Mahu beralas lengan mengintai ketenangan biru di atas.
Mahu dengar deruan ombak dan bisikan bayu.
Mahu digigit sejuk pagi dan disapa embun.

p/s: Jaga hati. Jaga iman (yang maha nipis itu). Jaga diri.

Sunday, September 07, 2014

To-do-list. :)

Salam.

Things i look forward to for these few months before DECEMBER:

*reading books (2 motivational books+ 2 novels)
*marathon HIMYM (depends)
*shopping for skirts and tops
*new gadget /phone
*'spring' cleaning my wardrobe
*island / trips to places.
*self-improvement (personally and spiritually)

And many others..in sya Allah.

p/s: may we always be motivated to improve ourselves and spread loves and kindness to others. Muahh..

Friday, August 29, 2014

smile :)

Salam.

i should be packing.
but i always hate, packing.

p/s: i hope s(he) doesnt mind. i did it coz of HIM. 

Sunday, August 24, 2014

qalb

Salam.

Dalam diri ada seketul daging.
Raja tubuh badan.
Raja sanubari.

Ya ALLAH,
bantu aku jaga dan pelihara
bersih dan sucikan ia.
jauhi daku dari penyakit hati
jauhi daku dari sentiasa mengotori

Ya ALLAH,
bantu aku yakin dan tabah
atas segala ketentuan, ujian dan dugaan,
semuanya adalah yang terbaik dari apa yang aku fikir.
bantu aku syukur dan istiqamah beramal.
atas segala nikmat, rahmat dan limpah kasih sayang- MU,
yang tak terhingga banyaknya, tak terhitung bilangnya.

Ya ALLAH,
bantu aku jaga rasa dalam hati
agar segala rasa rindu dan sayang di dalamnya,
adalah kerana- MU.
dan agar segala rasa yang terbina,
adalah di dasari atas niat peroleh redha-MU.

Ya ALLAH,
bantulah aku pelihara hati aku.
walau hanya seketul daging
walau banyak hitamnya
aku mohon Ya ALLAH,
agar raja dalam tubuh ini
dapat sentiasa dalam keadaan mengingati MU,
tenang dan bersih.

p/s: Ya Rabb, help me to gain my focus back coz i feel so distracted these days. 

Wednesday, August 20, 2014

day 2 Ho Chi Minh

Salam.

*this entry was pre-written wayy before August! lol

hi.
ok, mahu updates hari kedua di HCM.
basically, hari kedua adalah hari ke Delta Mekong ..dan shopping.

journey dari hotel ke Delta Mekong lebih kurang 2 jam.
lalu highway. hehe
and ada satu je tempat berhenti.
cantik ye tempat RnR die. hihi



lunch di restaurant (Masjid):






Honey Tea....








R&R............. :











ok...gambar kucar kacir sket. hehe
but..tips  nya:

1) turun from bus bila dekat RnR odw to Delta Mekong. Snap pics. kat belakang ada tmp cantik. toilet bersih. hihi
2) Delta Mekong - most of the souvenirs adalah murah di sini compared to Ben Thanh market. TAPI kena pandai tawar menawar.

:)

That's all. Byee...hihi

p/s: looking forward for my next trip!! 

Saturday, August 16, 2014

sibuk

Salam.

Kadang-kadang..
aku suka keadaan bila terlalu sibuk..
Yang mana aku terpaksa korban tido..
Korban makan..
Korban rehat..
Korban ME time.

Kadang aku suka tahap sibuk sampai ..
kat sekolah, nak pakai baju pun nk yg longgar so mudah nak gerak laju and duduk lasak.
Jalan pun pakai flats
so dapat gerak cepat and langkah tangga dgn pantas.
Badan dah macam pokok krismas bergerak.
Kiri kanan belakang penuh beg muatan lori.

Drive sambil usha nota kat seat sebelah.
Traffic light je..amek nota n baca.
Makan pun menyambil je.

Senyum?
memang jarang lah..
Sembang pun tak sempat..
Bersosial apatah lagi.
Muka serius je.. Mulut muncung.
Bila orang senyum kat ko, barulah sedar yang dari tadi tak senyum.
So happy lah kejap.
Haha.

Sibuk yang mcm ni,
Buat aku sedar yang aku masih hidup dan kuat.
Mampu hadapi.
Mampu siapkan walau terpaksa korban byk perkara.

Sibuk macam ni bukan selalu.
Tapi bermusim.
Bila musim semua benda nak pada tarikh atau minggu lebih kurang.

Sibuk macam ni,
Buat aku rasa lebih ternanti2 Broad Smile Day
dan lebih nak me-reward diri.
Hehe

Sibuk macam ni, aku taklah suka sgt.
Santai itu kan lebih seronok.

Cuma...

Sibuk macam ni,
Buat aku lebih kebal dan kenal,
Kawan yang beri motivasi
dan mereka yang hanya ada bila mahu masa mereka untuk diisi.

Sibuk macam ni,
Buat aku lebih lebih lebih lagi terasa betapa lemahnya aku tanpa DIA.
Buat aku cari dan luang lebih masa untuk sujud lebih lama.
Doa lebih panjang dan duduk lebih bentarnya selepas solat.

Dan moga aku, kita dan kamu
senantiasa jadikan DIA tempat mengadu, bergantung dan berdoa
tak kira masa sibuk mahupun lapang.
susah ataupun senang.

p/s: "what does not kill you makes you stronger" .. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...