Monday, July 29, 2013

'aku'

Salam.

Dalam banyak perkara, kita banyak kisarkan tentang 'aku'.
Untungkah 'aku', bagaimanakah 'aku', 'sakitkah aku'
...kalau berlaku begini dan begitu.

Bila mendengar, kita banyak menyelitkan 'aku'.
'Aku' lagi susah, 'aku' lagi sedih, 'aku' lagi sakit.

Tak kurang pula bila membanding.
'Aku' lagi hebat, 'aku' lagi best, 'aku' lagi power.
Semua situasi berpusing pada 'aku'.

Fokus pada diri walhal dalam sedaif-daif situasi,
bukan 'aku' yang paling daif.
Maka 'aku' patut bersyukur.

Walhal dalam sehebat-hebat keadaan,
Ada yang lagi hebat dari 'aku'
Maka 'aku' patut bersyukur dan berusaha.

Untung rugi 'aku' bukan terletak pada satu titik semata.
Jika wang jadi taruhan,
jika kecantikan jadi ukuran,
jika populariti jadi cagaran,
Maka di manakah 'aku' letakkan Tuhan?
Untunglah 'aku' jika ALLAH SWT suka apa yang 'aku' laku.
Rugilah 'aku' jika hanya mengharap apa yang dilaku jadi bualan sang manusia tiap waktu.

Ya Rabb,
Jadikan daku hamba-MU yang sentiasa bersyukur,
yang meletakkan keredhaan dan pengharapan hanya pada-MU
yang redha dengan ujian-MU dan tidak hanyut dalam lautan nikmat-MU.
Daku mahu termasuk dalam golongan yang 'sedikit' itu.

p/s: moga aku dan kita sentiasa bersyukur dengan limpahan nikmat-NYA.

Wednesday, July 24, 2013

pandu(an)

Salam.

Kadang, suatu situasi memberi kita peluang dan waktu untuk berfikir dalam.
Sesetengah orang, ruang persendirian di dalam kamar membuatnya termenung jauh dan berfikir.
Ada yang ketika mandi, datang idea yang pelbagai.
Dan aku,
ketika memandu.

Waktu memandu setiap hujung minggu membiasakan aku untuk berfikir dalam.
Cukup dua jam aku berfikir apa yang terjadi pada hariku dan hari-hari yang lepas.
Kerana itu, kadang menitis air mata ketika memandu seorang.
Kadang terdetik rasa mahu berhenti dan mengimpi sudah sampai destinasi.
Kadang semahu hati bertukar haluan menuju ke kawasan yang lebih tenang.
Kadang aku hanya ingin menekan pedal minyak sekuat daya walau hanya untuk 120 saat.
Mungkin 120 saat itu yang aku perlukan untuk rasa dan dengari deru angin sebagai ganti sapaan bayu laut.

p/s: dan sesungguhnya pemilik segala ketenangan adalah DIA.


Friday, July 12, 2013

Ramadhan Kareem!

Salam.

Ramadhan

Apa matlamat kali ini?

Moga diberkati,
moga dirahmati,
moga hajat baik dimakbulkan Ilahi.

Salam Ramadhan.


p/s: Moga terhindar dari penyakit hati. Moga ALLAH pelihara hati ini.

Monday, July 08, 2013

Masa

Salam

Masa...
Membentuk rasa,
Menyingkir suka,
Mengubat duka.

Masa...
Tika, detik, waktu,
Kadang jadi penentu,
Penentu sesuatu,
Yang masing mahu tahu.

Masa...
Suatu milik kita semua,
Sering kita rayu dan pinta,
Kadang buat kita hampir lupa,
Yang masa jua punya penghujungnya.

p/s: Demi masa. Dan sesungguhnya aku mohon dijauhkan dari menjadi golongan yang dalam kerugian.

Think and weight. Decide and action.

Salam

Sometimes we make decision solely based on our heart.
Looking back at it, it seems pretty silly but being silly at random moments does the magic.

But do remember that most decision that we have made will determine who we are in the next twenty years..as it did to us now.
We are basically our last twenty years' decision product.

Think wise. Think twice and more.

Think of what Allah would perceive of us rather than what HIS slaves would.

p/s: this goes to myself as well.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...